Polio boleh merebak semula di UK selepas 40 tahun

Polio boleh merebak semula di UK selepas 40 tahun

PETUGAS kesihatan memberikan titisan vaksin semasa kempen vaksinasi polio di Karachi, Pakistan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) mengeluarkan amaran ‘insiden negara’ susulan kebimbangan virus polio boleh merebak buat pertama kali dalam tempoh 40 tahun.

Lapor Metro, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) berkata, pihaknya menemukan pelbagai versi virus berkenaan di dalam sistem kumbahan di bandar ini antara Februari hingga Mei lalu.

Saintis menemukan beberapa sampel yang mengandungi versi virus yang berkait rapat dalam air kumbahan di London Beckton Sewage Treatment Works yang merupakan loji rawatan air terbesar di UK.

Bagaimanapun, tiada kes virus itu dilaporkan secara langsung buat masa ini.

“Risiko virus kepada orang awam dinilaikan berada pada tahap sangat rendah.

“Ini kerana, sebahagian besar warga Britain sudah menerima vaksinasi terhadap polio semasa kanak-kanak dan berupaya memberikan perlindungan serta-merta terhadap penyakit berkenaan,” kata UKHSA.

Agensi itu melaporkan urutan genetik virus menunjukkan terdapat beberapa penyebaran antara individu yang berkait rapat di utara dan timur London.

“Individu yang dijangkiti polio atau sesiapa yang mengambil vaksin daripada sisa virus yang masih hidup akan mengeluarkan kesan virus tersebut pada najis mereka, yang kemudian akan berakhir di sistem kumbahan.

“Oleh itu, hipotesisnya adalah individu yang dijangkiti membawa virus polio ke London dan berisiko menyebarkan kepada orang lain yang tidak divaksin,” jelasnya.

Justeru, agensi itu menggalakkan orang ramai yang belum mendapatkan imunisasi sepenuhnya terhadap virus polio agar membuat janji temu pengambilan suntikan tersebut dengan kadar segera.

Dalam pada itu, pakar virologi, Angela Rasmussen menjelaskan penyebaran wabak itu sangat kecil dan mungkin terhad dalam sesebuah keluarga.

Katanya, penularan juga hanya tertumpu dalam kumpulan individu yang belum menerima suntikan imunisasi terhadap virus tersebut.

Virus polio boleh menyebabkan lumpuh kekal kepada individu yang tidak divaksin sepenuhnya dalam kira-kira lima daripada setiap 1,000 kes.

Polio merebak melalui najis ke mulut, iaitu apabila seseorang secara tidak sengaja mengambil makanan yang dicemari najis pesakit polio.

Kali terakhir UK melaporkan jangkitan kes polio adalah pada 1984 dan negara itu diisytiharkan bebas polio pada 2003.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya