Pempengaruh media sosial didenda RM70.9 juta elak bayar cukai - Utusan Malaysia

Pempengaruh media sosial didenda RM70.9 juta elak bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHINA: China mendenda seorang pempengaruh media sosial AS$16.11 juta (RM70.92 juta) kerana cuba mengelak cukai, dalam operasi besar-besaran dijalankan kerajaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Pentadbiran Percukaian Negeri, Xu Guohao, yang giat menyiarkan siaran langsung di platform Momo, diperintah membayar 108 juta yuan (RM70.92 juta) sebagai cukai tertunggak, lewat bayar dan denda kesalahan elak cukai dari 2019 hingga 2020.

Kenyataan itu turut memaklumkan pihak berkuasa merancang untuk mengukuhkan lagi penyeliaan cukai ke atas orang dalam industri penyiaran langsung di media sosial.

China meningkatkan penguatkuasaan undang-undang cukai dalam sektor penyiaran langsung sejak setahun lalu bagi menyokong kempen kemakmuran, bersama Presiden Xi Jinping.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan pada Mac lalu, pentas penyiaran langsung media sosial perlu mengutip cukai pendapatan dan menyampaikan laporan termasuk maklumat peribadi personaliti media sosial kepada pihak berkuasa tempatan setiap enam bulan,

Salah seorang pempengaruh media sosial melakukan penyiaran langsung yang popular di China, Huang Wei atau dikenali sebagai Viya di dalam talian, didenda AS$210 juta (RM924.3 juta) pada Disember tahun lalu dan kemudian hilang dari pandangan umum.

Li Jiaqi, seorang lagi jurujual terkemuka dalam industri yang pernah berkembang pesat, juga secara tiba-tiba hilang dari internet.

Terdapat spekulasi dia menyinggung lembaga penapisan dengan menunjukkan kek berbentuk kereta kebal sejurus sebelum ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen pada 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN