Nupur Sharma sebarkan kebencian, hasutan - Utusan Malaysia

Nupur Sharma sebarkan kebencian, hasutan

NUPUR Sharma dan Naveen Kumar Jindal – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Polis di India memfailkan kes terhadap beberapa individu termasuk bekas pegawai parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma kerana didakwa menyebarkan kebencian.

Tindakan itu susulan kenyataan berbentuk penghinaan dibuat oleh Sharma mengenai Nabi Muhammad SAW.

Lapor The Hindustan Times, menurut polis, laporan maklumat pertama (FIR) sudah difailkan di bawah pelbagai seksyen atas kesalahan menyebarkan mesej berunsur kebencian, menghasut pelbagai kumpulan dan mencetuskan situasi yang menjejaskan ketenteraman awam.

“FIR difailkan terhadap beberapa individu tanpa mengira agama dan menyiasat pengguna media sosial yang menyebarkan maklumat palsu dengan niat untuk mencetuskan kekacauan,” katanya.

Selain Sharma, kes itu turut difailkan ke atas Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal dan beberapa individu antaranya Shadab Chauhan, Saba Naqvi, Maulana Mufti Nadeem, Abdur Rehman, Gulzar Ansari, Anil Kumar Meena dan Pooja Shakun.

India kini berada di tengah-tengah ketegangan diplomatik susulan jurucakap rasmi dari parti pemerintah itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sharma, 37, dilaporkan menghina junjungan besar baginda dan isteri Rasulullah, Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu.

Kenyataan Sharma yang disiarkan semasa siaran debat di televisyen, mencetuskan kemarahan umat Islam di India serta puluhan negara Islam lain.

BJP menggantung keahlian Sharma daripada parti itu dan Jindal pula dibuang keahliannya kerana berkongsi tangkap layar komen Sharma di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN