Myanmar laksana hukuman mati pertama sejak 1990

Myanmar laksana hukuman mati pertama sejak 1990

AKTIVIS demokrasi, Kyaw Min Yu (kiri) dan bekas anggota parti NLD, Phyo Zeya Thaw bakal menjalani hukuman mati yang dilaksanakan junta tentera Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kerajaan junta Myanmar bakal melaksanakan hukuman mati pertama negara ini sejak 1990, melibatkan seorang bekas anggota parti pimpinan Aung San Suu Kyi dan seorang aktivis demokrasi terkemuka.

Kedua-dua disabitkan kesalahan keganasan yang membawa kepada hukuman mati.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun memberitahu, seramai empat orang, termasuk bekas Ahli parlimen Phyo Zeya Thaw dan aktivis demokrasi Ko Jimmy yang dikenakan hukuman mati sebelum ini akan menjalani hukuman gantung mengikut prosedur penjara.

Junta mengenakan hukuman mati terhadap puluhan aktivis antirampasan kuasa sebagai tindakan keras bagi mereka yang menentang kerajaan tentera, biarpun negara ini tidak melaksanakan hukuman mati selama beberapa dekad.

Zeya Thaw yang merupakan ahli Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) ditahan junta pada November tahun lalu dan hukuman mati terhadapnya dijatuhkan pada Januari lalu selepas disabit kesalahan di bawah undang-undang antikeganasan.

Aktivis demokrasi terkenal Myanmar, Kyaw Min Yu atau lebih dikenali sebagai Jimmy juga menerima hukuman sama.

“Kedua-dua pernah membuat rayuan dan membuat surat untuk meminda hukuman itu.

“Namun, mahkamah menolak rayuan mereka dan keputusan adalah muktamad. Kedua-duanya akan menjalani hukuman mati,” ujar Min Tun.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk hukuman mati itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN