SINGAPURA: Bermula hari ini, pengimport ayam Singapura dibenarkan menyambung semula membawa masuk ayam kampung dan ayam hitam, selepas Malaysia menarik balik sebahagian larangan eksport tersebut.
Menerusi surat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dibaca oleh Mediacorp, pihak berkuasa menyatakan eksport ayam segar dan hitam akan dibenarkan, susulan keputusan Kabinet 8 Jun lalu.
Surat itu menyatakan eksport produk ayam seperti nuget atau sosej akan dibenarkan beroperasi semula.
Bagaimanapun, larangan ayam panggang yang merangkumi sebilangan besar ayam yang diimport Singapura dari Malaysia kekal berkuatkuasa.
Malaysia mengenakan larangan eksport ayam sejak 1 Jun lalu, bagi memastikan terdapat bekalan yang mencukupi untuk pasaran domestik.
Singapura mengimport sekitar 34 peratus ayam dari Malaysia, dengan hampir semuanya dibawa masuk sebagai ayam segar yang kemudian disembelih dan dibekukan di sini.
Beberapa hari selepas larangan itu berkuat kuasa, permintaan ayam di Singapura sangat tinggi sehingga mendorong kenaikan harga.
Sesetengah gerai nasi ayam pula terpaksa menutup kedai buat sementara waktu.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pedagang Ayam Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Hup Heng Poultry Industries mengesahkan syarikatnya sudah kembali mengimport ayam kampung dan hitam hari ini.










