Makan hamster peliharaan anak untuk dapatkan kokain

Makan hamster peliharaan anak untuk dapatkan kokain

TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang wanita makan seekor hamster yang merupakan haiwan peliharaan anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan susulan sebuah video yang menunjukkan dia makan seekor hamster peliharaan anaknya.

Lapor Daily Mail, video menjijikkan itu dimuat naik dalam Facebook dan tindakan wanita tersebut dikatakan sebagai ‘pertukaran’ untuk mendapatkan bekalan dadah jenis kokain.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat membunuh hamster itu sebelum memakannya.

Dalam pada itu, Jabatan Polis Lincolnshire mengesahkan suspek berasal dari Grantham dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut jurucakap polis, Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA) turut bekerjasama dalam sisatan itu.

“Polis akan membantu RSPCA melakukan siasatan penuh berhubung tindakan wanita tersebut,” katanya.

Sementara itu, wakil RSPCA pula menyifatkan video tersebut amat mengganggu dan kejam.

“Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden yang berlaku, boleh hubungi kami untuk berkongsi maklumat berkenaan.

“Jangan sebarkan lagi video itu kerana ia amat menjijikkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya