HONG KONG: Hub perjudian terbesar dunia, Macau memulakan hari kedua ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran hari ini, menyaksikan semua bank, sekolah dan perkhidmatan kerajaan serta premis perniagaan ditutup.
Namun, kasino masih beroperasi seperti biasa.
Ujian Covid-19 yang melibatkan kira-kira 60,000 penduduk itu dijangka berakhir esok dan dilakukan selepas puluhan kes jangkitan tempatan dikesan sejak minggu lalu.
Kebanyakan penduduk diminta duduk di rumah, selain tidak dibenarkan makan di restoran dan sekatan di kawasan sempadan juga diketatkan.
Keadaan itu menyaksikan hasil keuntungan kasino akan ditutup pada paras sifar sekurang-kurangnya selama seminggu dan beberapa minggu akan datang.
Kerajaan Macau bergantung lebih 80 peratus pendapatannya daripada industri kasino.
Sehingga kini, pihak berkuasa kesihatan Macau masih belum mengenal pasti sumber jangkitan sehingga menyebabkan ujian Covid-19 dijalankan secara besar-besaran.
Kali terakhir wilayah ini dilanda jangkitan besar adalah pada Oktober tahun lalu.
Macau hanya mempunyai sebuah hospital umum dan jangkitan yang berlaku dijangka meningkatkan lagi kesesakan di premis kesihatan berkenaan. – REUTERS