JAKARTA: Puluhan unit kejiranan (RT) di DKI Jakarta dilanda banjir sejak pagi tadi.
CNN Indonesia melaporkan, Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) DKI Jakarta memaklumkan, banjir berpunca daripada limpahan Sungai Ciliwung.
Ketua Pusat Data dan Informasi BPBD DKI Jakarta, Mohamad Insaf berkata, banjir berlaku di Jakarta Timur dan Jakarta Selatan.
“Maklumat yang kita terima, sebanyak 27 RT daripada 30,470 RT di DKI Jakarta dinaiki air,” katanya.










