BONE: Seorang pemilik syarikat kenderaan memberikan hadiah mas kahwin kepada isterinya berupa sebuah pusat pameran kereta, wang hantaran 300 juta rupiah (RM90,500) serta satu set barang kemas.
Lapor Tribunnews, Dical Arfandi dari Desa Waji, Kecamatan Tellu Siattinge, Sulawesi Selatan melamar gadis pilihannya, Andi Besse Qurrata Ayyun, minggu lalu.
Lelaki itu turut menanggung yuran pembiayaan pengajian isterinya sehingga kisah mereka tular dalam Instagram.
Dalam rakaman video, seorang wanita berkebaya merah dilihat membawa kotak berisi wang tunai dengan pecahan 100,000 rupiah (RM30).
Ayah pengantin lelaki, Suradi mengesahkan perkara itu dan memberitahu majlis perkahwinan berlangsung 26 Mei lalu di Maros.
Katanya, pihak keluarga pengantin perempuan tidak pernah meminta mas kahwin tersebut, sebaliknya ia adalah pemberian ikhlas daripada pihak pengantin lelaki sendiri.