Lagi kes budak ketagih cium bau petrol

Lagi kes budak ketagih cium bau petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMPANG: Seorang kanak-kanak di kampung Gendis, Desa Rabasan, Kecamatan Camplong, Madura mempunyai tabiat luar biasa kerana ketagih menghidu bau minyak petrol atau gasolin.

Lapor Tribunnews, kanak-kanak itu mula ketagih sejak tahun lalu, selepas ibu dan bapanya menjual minyak gasolin.

Ketika itu, kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja terhidu bau gasolin dan kerap bertanya kepada ibu bapanya sekiranya dia menjadi ketagihan.

Disebabkan insiden itu, ibu bapa kanak-kanak itu menyimpan minyak gasolin di tempat yang lebih tinggi supaya tidak dapat dicapai oleh anaknya.

Bagaimanapun, budak itu masih berusaha mendapatkan minyak tersebut dengan memanjatnya tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Tindakan tersebut disedari oleh ibunya, Sahiyatul Jannah dan berusaha menghilangkan ketagihan anaknya, namun tabiatnya itu sukar diubati.

“Meskipun sudah dimarahi, dia tetap mahu mencium bau minyak itu. Malah, ketika makan pun dia tetap membawa botol minyak bersama, sambi makan sambil cium bau tersebut,” katanya.

Masalah ketagihan tersebut sampai ke pengetahuan petugas kesihatan yang menasihatkan kanak-kanak itu menjalani ujian perubatan.

“Alhamdulillah, selepas dibawa ke Hospital Sampang keadaan kesihatan anak saya masih baik,” katanya.

Tahun lalu, Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Bandar Tanjungbalai, Sumatera Utara, memiliki tabiat aneh iaitu minum BBM (bahan bakar minyak) atau minyak petrol sejak enam tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya