Kualiti udara Jakarta kedua terburuk di dunia

Kualiti udara Jakarta kedua terburuk di dunia

PEMANDANGAN di bandar Jakarta yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pada Khamis.- TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kualiti udara di Jakarta berada dalam kedudukan kedua terburuk di dunia, pagi semalam berdasarkan data kualiti udara dari IQAir. 

Data tersebut diperoleh pada pukul 10.24 pagi (waktu tempatan), lapor Detik.com.  

Indeks Kualiti Udara Jakarta atau AQI mencatatkan 156 iaitu tidak sihat. 

Pencemaran utama di Jakarta hari ini ialah PM2.5 iaitu 13.1 di atas nilai panduan kualiti udara tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Data tersebut direkodkan dari 16 stesen seperti di jabatan kementerian, kedutaan Amerika Syarikat di negara ini serta syarikat swasta. 

Kerajaan Wilayah Jakarta turut menyiarkan indeks standard pencemaran udara maksium dalam laman web JAKI. 

Kualiti udara dalam laman web itu disiarkan berdasarkan data dari Perkhidmatan Alam Sekitar Jakarta. 

Pihak kerajaan mengkategorikan kualiti udara berdasarkan lima kategori penilaian iaitu kosong hingga 50 baik, 51 hingga 100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah bahaya. 

Berdasarkan rekod tersebut, Riyadh mencatatkan kualiti udara paling tidak baik di dunia disusuli Busan, Korea Selatan di tangga ketiga. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN