Korea Utara didakwa lepaskan tembakan artileri - Utusan Malaysia

Korea Utara didakwa lepaskan tembakan artileri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara didakwa melepaskan beberapa das tembakan artileri pada hujung minggu.

Ia berlaku beberapa hari selepas pemimpin tertinggi, Kim Jong-un berikrar mahu meningkatkan kuasa ketenteraan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Menurut Ketua Staf Bersama Seoul, tentera Korea Selatan mengesan ‘beberapa trajektori’ yang difahamkan tembakan artileri Pyongyang.

Tembakan artileri itu dilepaskan kira-kira pukul 8.07 pagi dan 11.03 pagi waktu tempatan.

Justeru, jelasnya, tentera Korea Selatan dalam keadaan bersiap siaga dengan kerjasama melalui perjanjian dengan sekutunya, Amerika Syarikat.

Media rasmi Pyongyang, Agensi Berita Pusat Korea setakat ini masih belum maklumat berhubung tembakan artileri itu mahupun sebarang pelancaran peluru berpandu baharu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN