Kemarau melampau, penduduk hanya boleh guna air enam jam sehari - Utusan Malaysia

Kemarau melampau, penduduk hanya boleh guna air enam jam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTERREY: Pihak berkuasa bandar Monterrey di Nuevo Leon di Mexico terpaksa mengehadkan penggunaan air selama enam jam sehari kepada penduduknya berikutan musim kemarau melampau yang melanda kawasan tersebut.

Hal itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa Monterrey kepada penduduknya yang berjumlah 5.3 juta orang.

Semua penghuni di bandar ini hanya dibenarkan menggunakan air dari pukul 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.

Langkah itu lebih baik berbanding sebelum ini apabila pihak berkuasa mengarahkan penduduk hanya mendapat bekalan air sekali seminggu berdasarkan lokasi kediaman mereka.

Nuevo Leon kini mengalami peningkatan suhu atas 40 darjah Celsius dan keadaan semakin sulit sejak Februari lalu.

Curahan hujan yang sedikit juga memburukkan keadaan kemarau yang berlaku. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.