Kem gunung Everest bakal dipindahkan - Utusan Malaysia

Kem gunung Everest bakal dipindahkan

KEM Everest ketika ini terletak pada ketinggian 5,364 meter. - WESTEND61
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Nepal sedang bersiap sedia untuk memindahkan kem pangkalan Everest ekoran pemanasan global dan aktiviti manusia menjadikan lokasi kem itu ketika ini tidak selamat.

Memetik laporan Daily Mail, kem pangkalan itu akan dipindahkan ke sebuah tapak baharu terletak pada ketinggian lebih rendah gunung berkenaan. 

Menurut saintis, glasier Khumbu yang terletak di kaki Everest cepat cair dan semakin menipis sehingga menjadikan lokasi itu tidak selamat untuk para pengunjung.

Penipisan glasier itu dikesan berpunca daripada pencairan ais yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya jumlah pendaki yang ramai, tindakan buang minyak tanah selepas memasak dan buang air kecil.

Kem pangkalan Everest ketika ini terletak pada ketinggian 5,364 meter dan kem baharu pula dilaporkan akan berada 200 hingga 400 meter lebih rendah.

Keputusan memindahkan kem pangkalan itu mengikut saranan jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan Nepal untuk memantau pendakian gunung di rantau Everest.   

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Taranath Adhikari berkata, penempatan semula lokasi kem pangkalan itu mungkin akan berlaku pada 2024.

“Kami kini bersiap sedia untuk penempatan semula dan kami akan memulakan rundingan dengan semua pihak berkepentingan dalam masa terdekat,” katanya.

Kebanyakan glasier Khumbu diliputi serpihan berbatu, namun terdapat juga kawasan ais terdedah yang semakin cair sehingga  menjejaskan kestabilan glasier.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.