Kawasan tumbuhan terbesar dunia ditemukan di pantai Australia

Kawasan tumbuhan terbesar dunia ditemukan di pantai Australia

KAWASAN rumput laut seluas 200 kilometer persegi itu ditemukan di Teluk Shark di Australia Barat. - ANGELA ROSSEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sebuah kawasan yang dipenuhi dengan rumput laut di Australia disifatkan sebagai kawasan tumbuhan paling besar di dunia.

Memetik laporan Daily Mail, kawasan rumpai akuatik yang meliputi kawasan seluas 200 kilometer persegi itu ditemukan di Teluk Shark di Australia Barat.

Malah, rumput laut itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya setua zaman pembinaan piramid di Mesir.

Spesies tumbuhan dikenali sebagai Posidonia australis dianggarkan mula hidup 4,500 tahun lalu ketika penduduk Mesir purba membina piramid di Giza.

“Terdapat rumput laut dan tumbuhan darat yang lebih tua di tempat lain di dunia namun tiada satu pun dipercayai sebesar penemuan ini,” jelas laporan itu.

Ahli ekologi dari Universiti Flinders, Dr. Martin Breed mendedahkan kajian yang menerangkan jangka hayat rumput laut yang luar biasa.

“Apa yang kami perhatikan di Teluk Shark adalah kawasan rumput laut sangat besar yang terus membiak dan tumbuh merentasi kawasan luas.

“Beberapa bahagian rumput sudah mati namun masih terdapat banyak yang masih hidup,” katanya.

Sementara itu, pengarang kanan kajian, Dr. Elizabeth Sinclair berkata, rumput laut itu berasal dari jenis poliploid.

“Ini bermakna ia mempunyai dua kali ganda lebih bilangan kromosom berbanding tumbuhan laut lain.

“Ini dapat menjelaskan jangka hayat tumbuhan itu,” kata Sinclair yang juga merupakan ahli biologi evolusi dari Universiti Western Australia (UWA).

Kumpulan penyelidik akan melakukan beberapa eksperimen secara terperinci di Teluk Shark bagi memahami bagaimana rumput laut itu mampu hidup di bawah keadaan berubah-ubah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN