Jokowi rombak Kabinet kali ketiga

Jokowi rombak Kabinet kali ketiga

JOKOWI melantik menteri dan timbalan menteri baharu Kabinet Indonesia Maju.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) merombak Kabinet buat kali ketiga semasa penggal kedua beliau memegang jawatan tersebut. 

Lapor Kompas.com, Ketua Umum Parti Amanat Nasional, Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri Perdagangan, manakala, Hadi Tjahjanto menyandang jawatan Menteri Agraria dan Tata Ruang. 

Sebelum ini, Zulkifli adalah Menteri Kehutanan dari 2009 hingga 2014 semasa berkhidmat di bawah kepemimpinan bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Hadi pula adalah Panglima Tentera Nasional Indonesia dari Disember 2017 hingga November 2021.

Kementerian Agraria dan Tata Ruang bertanggungjawab melakukan penyusunan semula tanah dan berasingan daripada Kementerian Pertanian. 

Jokowi turut melantik tiga timbalan menteri baharu iaitu John Wempi Wetipo sebagai Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Afriansyah Noor, Timbalan Menteri Kementerian Ketenagakerjaan dan Raja Juli Antoni sebagai Timbalan Menteri Agraria dan Tata Ruang. 

Mengulas rombakan Kabinet kali ini, Jokowi menegaskan menteri-menteri baharu itu dilantik berdasarkan keupayaan mereka. 

Pilihan Raya Indonesia akan diadakan pada Februari 2024 dan proses tersebut dilancarkan Selalu lalu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN