Jokowi belum sedia rombak Kabinet

Jokowi belum sedia rombak Kabinet

JOKOWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) belum bersedia melakukan rombakan Kabinet walaupun timbul desas-desus mengatakan ia akan dilakukan minggu depan. 

Difahamkan, rombakan Kabinet akan melibatkan beberapa barisan menteri dan timbalan menteri, lapor Tribunnews.  

Sebelum ini, Menteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pratikno mengaku tidak mengetahui tarikh rombakan akan berlaku. 

Namun, apabila tarikh sudah ditetapkan, beliau akan membocorkannya sedikit demi sedikit. 

Isu rombakan itu timbul ketika Presiden menyatakan kekecewaan terhadap sejumlah menteri Mac lalu. 

Jokowi merujuk kepada beberapa kementerian yang tidak menyerap produk dalam negeri mengenai perolehan barangan dan perkhidmatan.

Ketika itu, Presiden memberi amaran akan merombak kementerian sekiranya pada masa hadapan masih banyak import bagi perolehan barangan dan perkhidmatan di kementerian.

Jokowi meminta Kementerian Kewangan dan Badan Pengawas Kewangan dan Pembangunan mengawal urusniaga perolehan barangan dan perkhidmatan serta melaprokan setiap hari kepadanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN