Jemaah haji Indonesia pertama meninggal dunia di Madinah

Jemaah haji Indonesia pertama meninggal dunia di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Seorang jemaah haji yang berasal dari Jakarta Selatan, Suhati H Rahmat Ali, 64, meninggal dunia selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Amir Muhammad Abdul Aziz, Madinah, Sabtu lalu.  

Arwah merupakan jemaah yang menaiki penerbangan pertama dari Indonesia yang membawa seramai 393 penumpang, lapor Kompas.com. 

Ketua Pos Kesihatan Kawasan Kerja, Pasukan Petugas Haji, Dr. Agus Sultoni berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada waktu tengah hari akibat kegagalan jantung berfungsi.

“Jemaah itu mempunyai sejarah penyakit jantung, tetapi keadaannya masih sihat ketika di Indonesia. 

“Namun, keadaan dirinya kurang baik setelah turun dari pesawat sebelum jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri,” katanya. 

Dr. Agus berkata, jemaah wanita itu juga mempunyai penyakit darah tinggi dan dibawa ke klinik keishtan ibadah haji sebelum dirujuk ke hospital. 

“Arwah dikebumikan di Baqi, Madinah yang merupakan tanah perkuburan tertua yang merupakan tempat persemadian keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW,” katanya. 

Suami mangsa, Zainal, 64, berkata, dia terlalu sedih dengan kematian isterinya sedangkan mereka berdua bersama-sama ingin menunaikan haji. 

Katanya, isterinya berada dalam keadaan baik semasa berada di dalam kapal terbang dan pasangan itu sempat berjenaka. 

Malah, jelasnya, nenek isterinya juga pernah meninggal dunia di Madinah beberapa tahun lalu semasa menunaikan ibadah haji. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN