Horie lelaki tertua rentas Lautan Pasifik secara solo

Horie lelaki tertua rentas Lautan Pasifik secara solo

KENICHI HORIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun menjadi individu tertua di dunia yang berjaya merentasi Lautan Pasifik secara solo.

Kenichi Horie tiba di Selat Kii di perairan barat Jepun awal pagi semalam selepas dua bulan melakukan pelayaran merentasi Pasifik dari San Francisco pada Mac lalu.

Lebih istimewa, Horie melakukan pelayaran itu tanpa henti sejak berlepas, malah beliau menjadi individu pertama yang berlayar secara solo dari Jepun ke San Francisco pada 1962 ketika berusia 23 tahun.

“Saya sudah semakin hampir ke garisan penamat dan saya kepenatan,” tulisnya dalam blog kelmarin selepas berdepan arus kuat yang mencabar mental serta fizikalnya.

Horie menceritakan, ketika dia merentasi Pasifik pada 1962, dia tidak mempunyai pasport dan bimbang jika tertangkap dengan pihak berkuasa.

“Namun, kali ini berbeza kerana saya disokong oleh banyak pihak, malah saya sentiasa berhubung dengan mereka menerusi sistem pengesanan dan radio tanpa wayar. Terima kasih semuam,” katanya.

Horie juga pernah berlayar secara solo mengelilingi dunia pada 1974 dan melakukan pelayaran jarak jauh antara 1978 dan 1982.

Pelayan merentasi Pasifik tahun ini merupakan ekspedisi terbaharu Horie sejak 2008 apabila beliau berlayar dari Honolulu ke Selat Kii. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN