Hampir 150,000 jemaah haji tiba di Madinah

Hampir 150,000 jemaah haji tiba di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Hampir 150,000 jemaah dari pelbagai negara selamat tiba di Madinah melalui jalan darat dan penerbangan sehingga kelmarin bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Agensi berita SPA melaporkan, sebanyak 147,094 sudah tiba di Madinah dan kiraan itu berdasarkan statistik ketibaan serta pelepasan jemaah haji yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah.

Statistik itu menunjukkan, seramai 136,007 jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah.

Pusat Imigresen Arab Saudi pula menerima 11,087 jemaah haji yang tiba di Madinah melalui lintasan sempadan darat.

Berdasarkan statistik itu, bilangan jemaah dari Indonesia mendahului dengan 26,304 orang yang tiba di Madinah, diikuti India (21,790), Pakistan (9,383), Bangladesh (8,680) dan Iran (6,326).

Selain itu, statistik tersebut menunjukkan seramai 49,388 jemaah haji meninggalkan Madinah untuk meneruskan perjalanan ke Mekah sejak beberapa hari lalu.

Sehingga kelmarin, seramai 97,690 jemaah masih berada di Madinah.

Pihak pengurusan di Madinah menempatkan sejumlah pegawai bertugas, termasuk di lapangan setiap masa bagi menyambut ketibaan jemaah haji dari serata dunia di lapangan terbang dan pusat imigresen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN