Eril dikebumikan di Cimaung pagi ini

Eril dikebumikan di Cimaung pagi ini

LOKASI Eril yang akan dikebumikan di Cimaung, Bandung.-TRIBUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika berenang di Sungai Aare, Switzerland, jenazah Emmeril Kahn Mumtadz akan dikebumikan di tanah milik keluarga di Cimaung, Bandung, hari ini.  

Lokasi tersebut terletak bersebelahan Masjid Al-Mumtadz yang dibangunkan oleh ayahnya, Ridwan Kamil yang merupakan Gabenor Jawa Barat. 

Kawasan kubur itu juga mempunyai sungai kecil dengan pemandangan sawah dan gunung, lapor Tribunnews.  

Difahamkan, jenazah Emmeril atau lebih dikenali dengan panggilan Eril diterbangkan dari Switzerland, kelmarin. 

Pihak berkuasa Switzerland memaklumkan, mayat mangsa ditemukan di kawasan empangan Engehalde dalam keadaan tidak bernyawa dan terapung di permukaan air, pukul 6.05 pagi, Rabu lalu.    

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia di Switzerland, Muliaman Hadad memaklumkan mayat sudah dihantar ke pasukan forensik bagi tujuan pengecaman dan siasatan lanjut, sebelum diterbangkan ke negara ini.  

Eril sebelum ini dilaporkan hilang ketika berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra dan rakan mereka di sungai yang panjangnya melintasi tiga wilayah Bern, Solothurn dan Aargau serta empat danau iaitu Danau Brienz, Thun, Wohlen dan Biel.

Anak sulung kepada Gabenor Jawa Barat itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pendidikan ke tahap sarjana.

Sejurus selepas berita kehilangan Eril dilaporkan media tempatan dan Indonesia, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya kekal di Switzerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN