'Eril anak yang baik, selalu bantu orang lain'

‘Eril anak yang baik, selalu bantu orang lain’

RIDWAN KAMIL menjadi imam solat jenazah anaknya di Gedung Pakuan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Emmeril Kahn Mumtadz disifatkan sebagai seorang anak yang baik seperti diceritakan oleh bapanya, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil. 

Lapor Tribunnews, Ridwan berkongsi kebaikan arwah dengan Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo selepas Emmeril atau lebih dikenali dengan pangilan Eril selamat dikebumikan di Cimaung, Bandung.  

Selain itu katanya, jenazah arwah juga berbau wangi dan segar sebelum dikafankan.  

“Bapanya juga menceritakan anaknya sering membantu orang lain di sekeliling. 

“Saya mewakili masyarakat Jawa Tengah menyampaikan rasa duka cita mendalam di atas pemergian Eril. Semoga seluruh dosa arwah dan amal ibadahnya diterima oleh Allah SWT,” katanya.  

Mayat Eril yang dilaporkan hilang selepas 14 hari ketika berenang di Sungai Aare, Switzerland ditemukan di kawasan empangan Engehalde, Rabu lalu. 

Anak sulung kepada Gabenor Jawa Barat itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pendidikan ke tahap sarjana.

Sejurus selepas berita kehilangan Eril dilaporkan media tempatan dan Indonesia, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya kekal di Switzerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN