fbpx

29 Jun 2022, 7:52 am

  TERKINI

Enam maut helikopter terhempas atas jalan di West Virginia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah helikopter terhempas atas jalan di kawasan luar bandar di West Virginia semalam, menyebabkan enam penumpang terbunuh.

Menurut pihak berkuasa, lokasi kejadian sudah ditutup bagi membolehkan kerja-kerja siasatan dan pembersihan dilakukan.

Punca nahas ketika ini masih belum ditetapkan.

Jurucakap pasukan kecemasan, Ray Bryant berkata, helikopter tersebut yang digunakan untuk membawa pelancong terbakar ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Seorang penduduk setempat, Bobbi Childs memberitahu, dia terdengar bunyi dentumas kuat dan berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Kesan hempasan menyebabkan helikopter itu meletup dan mengeluarkan bebola api yang besar,” katanya.

Sementara itu, Gabenor West Virginia, Jim Justice menerusi Twitter mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Helikopter Bell UH-1B itu dibina pada 1950 dan sering digunakan oleh tentera Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI