WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata menembak mati empat orang di sebuah hospital di Tulsa, Oklahoma, sekali gus menjadi kes terbaharu sejak insiden tembakan di sekolah di Texas pada minggu lalu.
Suspek yang bersenjatakan senapang dan pistol itu turut ditembak mati oleh polis dalam kejadian tersebut.
“Ketika ini, seramai empat orang awam disahkan terbunuh dan suspek turut terkorban.
“Polis percaya suspek bertindak seorang diri tanpa penglibatan pihak lain,” kata Timbalan Ketua Jabatan Polis Tulsa, Eric Dalgleish.
Insiden itu turut menyaksikan sejumlah mangsa cedera dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian. – AFP