Elon Musk mahu buka restoran fituristik untuk pemilik kereta Tesla

Elon Musk mahu buka restoran futuristik untuk pemilik kereta Tesla

PELAN Restoran futuristik Tesla yang akan dibangunkan di Route 66, Hollywood.-TESLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Elon Musk mendedahkan rancangan untuk membina Restoran Tesla yang menawarkan peluang menonton wayang dan perkhidmatan stesen pengecas kereta hibrid di Route 66, Hollywood.

Restoran itu akan dilengkapi dua skrin pawagam LED, tempat duduk di dalam dan luar serta 34 pengecas yang membolehkan pengunjung mengecas kenderaan mereka semasa menonton filem.

Idea tersebut pernah dikongsikan sejak 2018 dan tahun lalu selepas bilionair itu menunjukkan minatnya untuk menceburi perniagaan restoran.

Pengasas syarikat Tesla dan SpaceX itu menghantar rancangan perniagaan baharu kepada Datuk Bandar Los Angeles hujung bulan lalu.

Tesla asalnya merancang untuk membina restoran di bandar pesisir pantai di Santa Monica, tetapi mengubah lokasi ke Route 66, Hollywood.

Pembinaan restoran baharu itu akan melibatkan kerja-kerja merobohkan restoran Shakey’s Pizza Parlor di tapak semasa dan digantikan dengan kedai makan dua tingkat baharu.

Restoran itu akan menyediakan kemudahan pawagam pandu masuk dengan tayangan filem pendek selama 30 minit, sementara menunggu hidangan atau kereta siap dicas.

Kawasan itu sudah mempunyai tempat letak kereta yang luas di tapak seluas 9,300 kaki persegi, namun memerlukan pengubahsuaian bagi menambah 28 petak pengecas dan lima petak bagi tapak pengecasan kereta berkelajuan rendah.

Tingkat bawah restoran menempatkan bahagian dapur, tempat duduk dan gerai, bar di sekeliling bangunan serta kawasan ‘carhop’ untuk pekerja membawa makanan keluar ke kenderaan di tempat letak kereta.

Dek atas pula menyediakan tempat di duduk di atas bumbung luar dan kawasan tempat duduk seperti dalam panggung wayang.

Secara keseluruhan, terdapat lebih 200 kerusi disediakan kepada pengunjung.

Mengenai konsep restoran, difahamkan Tesla berkemungkinan memilih elemen futuristik seperti yang pernah dikongsikan Musk dalam Twitter, Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.