fbpx

Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

SHANGHAI: Pembuat kereta elektrik China, Nio melaporkan dua individu maut selepas kereta terhumban dari tingkat tiga di ibu pejabatnya di bandar ini.

Kemalangan yang tidak disengajakan itu meragut nyawa pekerjanya yang maut di lokasi kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 petang (waktu tempatan), Rabu lalu, di bangunan tersebut.

Mangsa yang maut berada di dalam kereta tersebut sebelum terhumban ke bawah.

Menurut Nio, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung nahas tersebut bersama pihak kerajaan.

Difahamkan, tingakat tiga bangunan itu menempatkan ruang pameran kereta, fasiliti pandu cuba serta parkir kereta.

“Syarikat kami menjalankan kerjasama dengan jabatan keselamatan awam bagi melancarkan siasatan dan analisis punca kejadian.

“Berdasarkan situasi tersebut, kita dapati nahas bukan berpunca akibat kenderaan tersebut.

“Kita berasa sangat sedih dengan kemalangan ini dan merakamkan takziah kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang,” katanya.-AGENSI

 

 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!