Diajak tumpang kereta, ibu dan anak dirogol beramai-ramai

Diajak tumpang kereta, ibu dan anak dirogol beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang ibu dan anak perempuan berusia enam tahun berdepan tragedi apabila mereka dirogol secara berkumpulan selepas menumpang sebuah kereta untuk pulang ke rumah dari tempat suci Piran Kaliyar, utara India.

Lapor NDTV, kawasan itu merupakan tempat suci bagi penganut Islam dan Hindu di tebing sungai Ganga, Roorkee, wilayah Uttarakhand.

Superintenden Pramendra Doval berkata, suspek yang merupakan pemandu yang dikenali sebagai Sonu dilaporkan membawa rakan-rakan menaiki kenderaannya sebelum terjumpa wanita itu bersama anaknya dan mengajak mereka pulang ke rumah.

Jelasnya, mangsa yang masih trauma tidak dapat menyatakan jumlah sebenar lelaki yang berada di dalam kereta itu dan hanya merujuk kepada Sonu sahaja.

“Sonu dan suspek lain merogol wanita serta anaknya di dalam kereta yang sedang dipandu sebelum mencampakkan mereka ke dalam sungai.

“Mangsa membuat laporan di balai polis berdekatan selepas mengaku dirogol beramai-ramai,” katanya.

Doval berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Roorkee Civil dan doktor mengesahkan mereka merupakan mangsa serangan seksual.

Setakat ini, polis belum mengesan kesemua suspek dan siasatan masih dijalankan.

Bulan lalu, remaja berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai di kejiranan Uttar Pradesh.

Lebih memilukan mangsa turut dirogol oleh anggota polis yang menerima laporannya.

Kajian oleh World Vision India mendapati hampir separuh kanak-kanak di negara ini pernah menjadi mangsa serangan seksual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya