Cambridge tewaskan Oxford jadi universiti kedua terbaik dunia

Cambridge tewaskan Oxford jadi universiti kedua terbaik dunia

PEMANDANGAN kampus Universiti Cambridge di United Kingdom.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Universiti Cambridge melonjak ke tangga kedua dalam kedudukan senarai universiti terbaik dunia dengan empat universiti dari United Kingdom berada dalam senarai kelompok 10 terbaik. 

Lapor Daily Mail, carta universiti terbaik dunia oleh QS Quacquarelli Symonds 2023 menunjukkan Cambridge naik daripada kedudukan ketiga, sementara, Oxford jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat. 

Perubahan itu agak mengejutkan ketika Universiti Oxofrd berperanan membangunkan vaksin AstraZeneca yang digunakan banyak negara di dunia. 

Institut Teknologi Massachusetts (MIT) kekal berada di kedudukan pertama sejak 11 tahun lalu. 

Sementara itu, Universiti Stanford di Amerika Syarikat di kedudukan ketiga, manakala, Harvard di tangga kelima. 

Imperial College London meningkat dari tangga ketujuh ke kedudukan keenam, Kolej Universiti London (lapan), bagi tahun ini. 

Secara keseluruhannya, dari senarai 90 universiti Britain, 10 daripadanya berubah kedudukan yang lebih baik sejak tahun lalu, 48 jatuh merosot dan 32 yang lain mengekalkan posisi.   

Kedudukan universiti yang jatuh merosot antaranya disebabkan kapasiti pengajaran dan nisbah ahli akademik dengan pelajar. 

Kedudukan 92 peratus universiti di UK merosot antara 2022 hingga 2023. 

Pengarah Penyelidikan di QS, Ben Sowter berkata, UK kekal menjadi sistem pendidikan tinggi kedua paling berjaya di dunia, walaupun berlaku penurunan secara keseluruhannya. 

“Ketika pendidikan tinggi British melayari masa depan pasca Brexit dan pasca pandemik, ia terus membina keupayaan membentuk perkongsian dan kerjasama berkesan serta menarik bakat global,” katanya.  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN