Cacar monyet rekod lebih 700 kes seluruh dunia - Utusan Malaysia

Cacar monyet rekod lebih 700 kes seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan terdapat 21 kes cacar monyet di Amerika Syarikat (AS), daripada 700 kes di seluruh dunia.

Siasatan turut mencadangkan kini terdapat penularan yang aktif dalam negara dan kes mungkin meningkat jika gagal dikawal.

Kajian awal mendapati 16 daripada 17 kes pertama melibatkan golongan lelaki yang mempunyai hubungan seks sejenis.

Menurut laporan baharu CDC, 14 kes lagi dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah perjalanan ke luar negara tetapi semua pesakit kini dalam pemulihan atau sudah pulih, tanpa kematian.

“Kami juga mempunyai sekurang-kurangnya satu kes di AS yang tidak mempunyai kaitan sejarah perjalanan atau mengetahui bagaimana mereka mendapat jangkitan.

Cacar monyet ialah penyakit yang jarang terjadi dan mempunyai kaitan namun tidak seteruk cacar kecil, ia menyebabkan ruam yang merebak, demam, menggigil dan lenguh, antara gejala lain

Secara amnya, ia terhad di wilayah Afrika barat dan tengah, namun sejak Mei lalu, kes mula dilaporkan di Eropah dan bilangan negara yang terjejas meningkat sejak itu.

Kanada turut mengeluarkan angka baharu, semalam, dengan 77 kes yang disahkan, hampir kesemuanya dikesan di wilayah Quebec dan vaksin sudah dihantar manakala Perancis melaporkan 51 kes.

Walaupun kebanyakan jangkitan di eropah dikaitkan dengan pesta gay, cacar monyet bukanlah penyakit seksual tetapi kontak rapat atau bersentuhan dengan penghidap penyakit akan menyebabkan jangkitan.

Seseorang itu boleh menjangkiti orang lain sehingga semua nanah menjadi kudis dan kulit baharu terbentuk.

Pengarah kanan bahagian keselamatan kesihatan global dan biopertahanan Rumah Putih, Raj Panjabi, berkata 1,200 vaksin dan 100 kaedah rawatan sudah dihantar ke seluruh negeri di AS, di mana ia ditawarkan kepada kontak rapat mereka yang dijangkiti.

Ketika ini terdapat dua vaksin yang dibenarkan iaitu ACAM2000 dan JYNNEOS, yang pada asalnya dibangunkan untuk melawan cacar.

Walaupun cacar sudah dihapuskan di AS, vaksinnya masih disimpan sebagai rizab nasional, sekiranya ia digunakan sebagai senjata biologi.

JYNNEOS adalah lebih berkesan berbanding ACAM2000 dan kurang kesan sampingan, yang mana CDC mengesahkan memiliki 100 juta dos ACAM200 dan 1,000 dos JYNNEOS.

CDC juga meluluskan dua antiviral bagi merawat cacar iaitu TPOXX dan Cidofovir, untuk disesuaikan bagi merawat cacar monyet. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya