Berfirasat ekonomi AS goyah, Elon Musk mahu kurangkan pekerja Tesla

Berfirasat ekonomi AS goyah, Elon Musk mahu kurangkan pekerja Tesla

ELON Musk bercadang mengurangkan pekerja Tesla sedia ada sehingga 10 peratus kerana bimbang dengan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak stabil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Individu terkaya dunia, Elon Musk bercadang untuk membekukan pengambilan pekerja baharu dan mengurangkan sehingga 10 peratus pekerja sedia ada di Tesla.

Keputusan itu mungkin dibuat selepas beliau ‘mempunyai firasat bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) ketika ini dalam keadaan sangat rapuh’.

Tesla ketika ini menawarkan 5,000 peluang pekerjaan di seluruh dunia dan 100,000 pekerja sedia ada.

Reuters melaporkan, perkara itu didedahkan menerusi emel yang dihantar kepada barisan eksekutif Tesla pada Khamis lalu dengan subjek ‘hentikan semua pengambilan pekerja di seluruh dunia’.

Emel itu dihantar beberapa hari selepas Musk mengarahkan semua pekerjanya bekerja semula di pejabat untuk sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau berdepan pemecatan.

Saham Tesla menurun tiga peratus selepas beberapa jam berita itu disiarkan.

Setakat ini, Musk dan Tesla tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan berkenaan.

Selain itu, permintaan terhadap stok kereta Tesla juga dilaporkan tidak terjejas susulan  perkara tersebut.

Setakat ini, saham Tesla menurun sehingga 22 peratus sejak Musk menggunakan sahamnya untuk membiayai pelan pembelian Twitter yang ketika ini terhenti buat sementara waktu.

Kebimbangan mengenai ekonomi global dan kes perintah berkurung di Shanghai akibat Covid-19 yang menempatkan kilang penghasilan Tesla turut mempengaruhi harga saham syarikat tersebut.

Beberapa pihak turut membuat spekulasi bahawa arahan Musk yang meminta pekerjanya kembali ke pejabat adalah ‘satu daripada usaha beliau untuk mengurangkan jumlah kakitangan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya