Bayi seawal usia 6 bulan bakal terima vaksin Pfizer

Bayi seawal usia 6 bulan bakal terima vaksin Pfizer

PFIZER akan memberi tambahan dos ketiga kepada semua kanak-kanak dan bayi berusia enam bulan hingga lima tahun.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat Pfizer-BioNTech memohon kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk memberikan vaksin Covid-19 keluarannya terhadap bayi berusia enam bulan hingga kanak-kanak berusia empat tahun. 

Alasannya kerana kumpulan umur tersebut masih belum menerima sebarang suntikan vaksin Covid-19, sekali gus berisiko dijangkiti virus maut berkenaan dan mencetuskan gelombang jangkitan baharu, lapor NBC News.  

Pfizer mengesyorkan suntikan dua dos vaksin dalam jarak tiga minggu kepada kumpulan umur tersebut. 

Setiap suntikan hanya memerlukan dos tiga mikrogram bersamaan satu per sepuluh dos yang diberikan kepada golongan dewasa. 

Langkah itu susulan jangkitan Covid-19 dilaporkan masih belum berakhir dan menyaksikan peningkatan. 

FDA dilaporkan mempertimbangkan dan mengkaji permohonan serta kebenaran penggunaan kecemasan akan diberikan hujung bulan ini. 

“Kami mengambil kira kebimbangan ibu bapa apabila anak mereka akan menerima suntikan vaksin Covid-19

“FDA tidak dapat menjangka berapa lama tempoh penilaian data diperlukan dan kami akan menilai permohonan itu berdasarkan pendekatan sains,” kata FDA.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN