Barat makin 'penat' dengan konflik Ukraine

Barat makin ‘penat’ dengan konflik Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Konflik di Ukraine yang berlanjutan lebih tiga bulan boleh menyebabkan barat ‘kepenatan’ untuk memberi sokongan kerana terpaksa mengeluarkan lebih banyak perbelanjaan. 

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya memberikan senjata berbilion dolar kepada Ukraine. 

Eropah pula menerima jutaan pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik tersebut. 

Penganalisis berpandangan Kremlin boleh mengeksploitasi konflik yang makin berlarutan sekali gus memberi tekanan kepada Ukraine dalam mencari jalan penyelesaian. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy kecewa dengan cadangan Barat dan negara itu dilihat mahu memutuskan syaratnya sendiri demi mencapai keamanan. 

“Kepenatan semakin meningkat, semua pihak mahukan hasil yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka sendiri,” katanya. 

Sebelum ini, cadangan perdamaian Itali ditolak dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dikecam negara barat lain. 

Macron berkata, kuasa dunia tidak seharusnya ‘memalukan Russia dan apabila pertempuran berakhir kita boleh mencari jalan keluar besama melalui usaha diplomatik’, walaupun operasi khas ketenteraan Vladimr Putin adalah ‘kesilapan bersejarah’. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN