AS, UK, Kanada bagi vaksin cacar kepada individu dijangkiti

AS, UK, Kanada bagi vaksin cacar kepada individu dijangkiti

PETUGAS kesihatan memeriksa tangan pesakit sekiranya mempunyai simptom cacar monyet di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Anna di Chennai.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan terdapat lebih 1,000 kes cacar monyet di negara lain selain Afrika. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata, sebanyak 30 negara melaporkan kes wabak baharu yang bermula sejak Mei lalu.  

Jelasnya, risiko cacar monyet di negara bukan endemik adalah kenyataan, tetapi boleh dicegah ketika ini.

“Negara Afrika merekodkan lebih 1,400 kes disyaki cacar monyet tahun ini dengan 66 kematian. 

“Ia adalah gambaran malang buat dunia selepas masyarakat antarabangsa kini hanya memberi perhatian kepada cacar monyer kerana muncul di negara berpendapatan tinggi ,” katanya semasa taklimat media di Geneva. 

Pegawai Kanan WHO, Sylvie Briand berkata, agensi itu sedang menilai potensi vaksin yang disimpan untuk melawan cacar dan menghubungi pengeluar serta negara yang menjanjikan vaksin. 

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang bekerjsama dengan organissi termasuk UNAids dan kumpulan komuniti bagi meningkatkan kesedaran dan menghentikan penularan. 

Dalam pada itu, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat sudah melaksanakan strategi yang dipanggil ‘vaksinasi cincin’ bagi menghentikan penyebaran virus itu. 

Usaha itu melibatkan pemberian vaksin cacar yang dianggap berkesan terhadap cacar monyet. 

Bagaimanapun, Pakar Biostatistik di Universiti Emory, Atlanta, Georgia, Natalie Dean mempersoalkan mengenai cabaran akan datang dan perkara yang tidak diketahui menggunakan strategi membendung cacar monyet. 

Walaupun vaksin dianggap selamat dan berkesan untuk digunakan kepada individu yang mempunyai jangkitan cacar, katanya, vaksin tersebut mempunyai ujian terhad terhadap cacar monyet. 

“Strategi itu juga bergantung kepada pengesanan hubungan yang sangat ketat, yang mungkin tidak dapat dilaksanakan di setiap negara.

“Orang ramai juga mesti bersetuju untuk disuntik dengan vaksin yang boleh membawa kepada kesan sampingan yang serius,” katanya. -REUTERS/Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN