9,000 rakyat Britain hisap ganja untuk perubatan

9,000 rakyat Britain hisap ganja untuk perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Kira-kira 9,000 rakyat Britain didapati mengambil ganja yang dibenarkan oleh undang-undang negara ini bagi tujuan perubatan.

Daily Mail mendedahkan, pengguna yakin apabila menghisap ganja, ia boleh membantu mengurangkan gejala tekanan dan kemurungan yang mereka alami.

Bagaimanapun, bukti yang boleh dipercayai daripada ujian klinikal masih terhad.

Walaupun pihak kerajan sudah ‘menghalalkan’ penggunaan ubat Kelas B secara perubatan empat tahun lalu, doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) tetap keberatan untuk membenarkan penggunaan ganja kerana kekurangan bukti kukuh yang dikatakan membantu merawat penyakit tertentu.

Penggunaan ganja semakin meningkat susulan keputusan Kementerian Kesihatan pada 2018 untuk ‘menjadualkan semula’ dadah selepas semakan mendapati ‘bukti munasabah’ ia membantu beberapa pesakit.

Hari ini, semakin banyak ‘klinik ganja perubatan’ swasta muncul bagi melayani mereka yang mengalami masalah seperti sakit kronik, kebimbangan dan gangguan tekanan akibat trauma.

Pierre Van Weperen dari Grow Pharma, yang mengedarkan ganja yang diimport kepada pesakit dengan preskripsi berkata, berkemungkinan terdapat 8,000 atau 9,000 pesakit ganja aktif di United Kingdom (UK) kembali mendapatkan preskripsi setiap bulan.

“Apabila saya bermula dalam industri ini di UK dua tahun lalu, hanya 80 pesakit diberikan ganja di seluruh negara. Jadi, keluk pertumbuhan kelihatan agak meningkat.

“Setiap pesakit perlu membayar 150 hingga 200 pound (RM810-RM1,081) sebulan untuk preskripsi ganja mereka, dan kini merupakan ‘pasaran penting’ bernilai kira-kira 20 juta pound (RM108 juta) setahun,” katanya.

Dilaporkan, sebanyak dua pertiga ganja menguasai pasaran adalah ganja jenis ‘whole flower’ iaitu herba yang biasa dijual di jalanan.

Baki sepertiga lagi terdiri daripada minyak ganja dan produk lain seperti tincture.

Kebanyakan ganja yang ditetapkan mengandungi tetrahydrocannabinol (THC) dan sebatian psikoaktif semula jadi yang merangsang pengguna.

Jika dimakan dengan kerap, ganja yang kaya dengan THC boleh meningkatkan peluang seseorang mengalami gangguan mental lima kali ganda.

Walaupun kekurangan bukti kukuh yang menyokong keberkesanan kanabis, pasaran perubatan itu berkembang pesat kerana ganja kini boleh ditetapkan untuk sebarang keadaan perubatan jika doktor mempunyai alasan kukuh.

Walaupun undang-undang membenarkan penggunaan ganja, hanya ‘doktor pakar’ diberikan kebenaran yang dipatuhi secara ketat dalam NHS.

Klinik swasta pula mengambil kesempatan dengan menyediakan rundingan serendah 30 pound (RM162).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya