60 tokoh pembangkang Kemboja disabitkan hukuman

60 tokoh pembangkang Kemboja disabitkan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Mahkamah Phnom Penh mensabitkan hukuman terhadap kira-kira 60 tokoh pembangkang termasuk seorang aktivis Amerika Syarikat-Kemboja menerusi perbicaraan besar-besaran.

Ketua Pembangkang, Sam Rainsy yang tinggal di Perancis sejak 2016 mengelak daripada dikenakan hukuman penjara kerana sabitan yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik.

Hukuman terhadapnya ditambah lapan tahun lagi kepada hukuman sedia ada.

Di luar mahkamah, Peguam AS di Kemboja dan jurukempen, Theary Seng berpakaian seperti Patung Liberty diseret masuk ke dalam kereta oleh pihak polis selepas dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana pertuduhan khianat.

“Saya sedia menerima keputusan bersalah kerana rejim ini tidak akan membebaskan saya.

“Ia akan menjadi keputusan yang tidak adil kerana saya tidak bersalah dan individu lain yang didakwa bersama saya juga,” katanya.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Kemboja, Patrick Murphy menegaskan beliau tidak dapat menerima keputusan itu.

“Kebebasan bersuara, berpersatuan dan toleransi terhadap pandangan yang berbeza adalah komponen penting dalam demokrasi,” katanya dalam ciapan Twitter.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN