10 maut, ratusan ribu dipindahkan akibat hujan lebat di China - Utusan Malaysia

10 maut, ratusan ribu dipindahkan akibat hujan lebat di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seramai 10 orang dilaporkan maut selepas hujan lebat melanda wilayah Hunan di tengah China.

Lapor agensi berita Xinhua, hujan lebat turut menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.

Berdasarkan laporan, hujan lebat yang bermula sejak 1 Jun lalu memaksa kira-kira 286,000 orang dipindahkan, dengan lebih 2,700 rumah runtuh atau rosak teruk.

Pegawai wilayah Hunan, Li Dajian berkata, seramai 10 orang maut dan tiga lagi hilang.

“Hujan lebat menyebabkan paras air sungai dan tasik meningkat dengan drastik.

“Seluruh wilayah di semua peringkat bertindak balas secara aktif dan melakukan sedaya upaya untuk mencegah bencana tersebut,” kata kerajaan wilayh itu dalam kenyataan.

Tambah laporan, hujan lebat menjejaskan hampir seluruh wilayah Hunan.

Menurut laporan itu dengan memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, seramai 1.79 juta penduduk terjejas dengan bencana itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN