Wanita luar biasa digelar Elastigirl - Utusan Malaysia

Wanita luar biasa digelar Elastigirl

CUPING telinga Ayumi Takada boleh meregang sehingga 4.5 sentimeter (cm). - COMPASS MEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang wanita di Jepun dibandingkan dengan watak Elastigirl dari filem animasi terkenal, The Incredibles berikutan kemampuannya melenturkan cuping telinganya untuk memegang beberapa objek seperti payung dan batang monopod.

Lapor Oddity Central, Ayumi Takada, 37, dari Tokyo pada mulanya menyedari cuping telinganya sangat anjal semasa berada di sekolah rendah lagi.

“Ketika kejadian, hujan tanpa henti dan kedua-dua tangan Ayumi penuh dengan barangan.

“Jadi, dia cuba memegang payung dengan menggunakan cuping telinga dan ia berkesan.

“Sejak itu, Ayumi menggunakan cuping telinga untuk memegang objek lain seperti batang monopod, berus kaligrafi, peralatan pembersih dan lain-lain lagi,” jelas laporan.

Menurut laporan, cuping telinga Ayumi boleh meregang sehingga 4.5 sentimeter (cm) sekaligus membolehkannya memegang dan menahan pelbagai objek dengan kuat.  

Sementara itu, Ayumi mendakwa tidak pernah berasa sakit ketika meregang cuping telinganya untuk memegang sesuatu objek.

“Ramai sering bertanya sama ada proses itu menyakitkan. Sebenarnya tidak ada rasa sakit langsung ketika menariknya atau memegang barang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya