WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menamakan Karine Jean-Pierre sebagai setiausaha akhbar White House yang baharu.
Buat kali pertama dalam sejarah AS, wanita kulit hitam pertama dilantik memegang peranan penting itu.
Lapor BBC, Jean-Pierre, 44, berkhidmat sebagai timbalan setiausaha akhbar utama pentadbiran sejak Biden dipilih sebagai presiden.
Jean-Pierre akan menggantikan Jen Psaki, 43, yang memegang jawatan tertinggi itu pada akhir minggu depan.
Antara tugas setiausaha akhbar termasuk mengadakan taklimat berita setiap hari dengan wartawan di White House.
Dilaporkan, Psaki akan meletak jawatan itu dan bekerja di saluran berita MSNBC.
Sebelum ini, Jean-Pierre merupakan penganalisis di MSNBC dan mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam politik parti Demokrat.
Jean-Pierre yang dilahirkan di Pulau Martinique, Caribbean Perancis dan dibesarkan di Queens, New York.
Beliau merupakan pengarah politik utama dalam pentadbiran bekas Presiden AS, Barrack Obama.
Sementara itu, Psaki dalam satu ciapan di Twitter mengucapkan tahniah kepada Jean-Pierre atas pelantikannya.
Psaki menggelar penggantinya sebagai `wanita luar biasa yang memiliki teras moral tinggi’.










