Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana dianggap 'pelampau'

Ustaz Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana dianggap ‘pelampau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) dilarang memasuki Singapura kerana didakwa sebagai ‘pelampau dan pendukung dasar pemisahan’.

Singapura yang menjadi negara keenam melarang kemasukan penceramah popular itu tidak boleh menerima kehadiran beliau ke negara berbilang kaum dan agama.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura dalam kenyataan semalam menjelaskan, Abdul Somad yang tiba di republik itu 16 Mei lalu, dihantar pulang ke Batam, Indonesia, pada hari sama selepas tiba di Terminal Feri Tanah Merah.

Selain beliau, enam individu lain yang datang bersamanya turut tidak dibenarkan memasuki Singapura.

“Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid.

“Beliau juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti Kristian dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal jin kafir,” tulis kenyataan yang disiarkan dalam laman web kementerian.

Sebelum ini, Abdul Somad dilaporkan dihalang memasuki Hong Kong pada Disember 2017 dan Timor Leste (2018).

Selain itu, dia juga didakwa tidak dibenarkan memasuki Switzerland, Jerman dan United Kingdom (2020).

Susulan tindakan Singapura, Abdul Somad pada Isnin menuntut penjelasan dan menyifatkan republik itu sebagai ‘sombong’.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya