Tiga maut, empat cedera akibat ditikam - Utusan Malaysia

Tiga maut, empat cedera akibat ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Sekurang-kurangnya tiga orang maut akibat ditikam dalam satu kejadian yang berlaku berhampiran Tel Aviv.

Lapor Al Jazeera, polis berkata, penyerang melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

Pasukan keselamatan mengepung dan menubuhkan sekatan jalan raya di lokasi kejadian yang berlaku di bandar Elad.

Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom yang mengesahkan kematian itu, memaklumkan empat lagi cedera dalam serangan tersebut termasuk dua orang berada dalam keadaan serius.

Seorang pegawai perubatan, Alon Rizkan berkata, dia tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Dia mengenal pasti tiga mangsa maut di pelbagai lokasi dan empat lagi cedera termasuk dua dalam keadaan parah.

Menurut polis, kejadian itu berlaku ketika Israel menyambut ulang tahun ke-74 penubuhannya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Naftali Bennett menerusi kenyataan menegaskan pihaknya akan menangkap pihak yang melakukan serangan tersebut dan memastikan mereka menerima hukuman setimpal.

Menurut Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dalam satu ciapan, AS mengecam serangan berlaku di Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya