Tiga cedera letupan bom di Tak Bai

Tiga cedera letupan bom di Tak Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Tiga anggota keselamatan cedera selepas Balai Polis Marin diserang dengan tembakan dan letupan bom, malam tadi.

Lapor Bangkok Post, kejadian berlaku pada pukul 9.35 malam selepas enam penyerang tidak dikenali melemparkan bom dan melepaskan tembakan di stesen tersebut.

Tiga mangsa yang cedera ialah Sulaiman Yuso, 23, Opas Saensom, 33 dan Ekawat Ketduang, 41.

Kesemua mereka tercedera akibat terkena serpihan letupan bom dan merupakan anggota sukarelawan pertahanan di pos tersebut.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tak Bai sebelum dipindahkan ke Hospital Narathiwat.

Orang ramai dilaporkan terdengar bunyi letupan itu dan polis marin berbalas tembakan dengan penyerang.

Skuad pemusnah bom menemukan sebuah silinder gas yang mencurigakan di kedai serbaneka berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN