Tentera Laut tumpaskan sindiket dadah terbesar RM301 juta

Tentera Laut tumpaskan sindiket dadah terbesar RM301 juta

Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut mengadakan sidang akhbar mengenai rampasan dadah terbesar di Jakarta Pusat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar melibatkan jumlah 1.25 trilion rupiah (RM301 juta) semasa perayaan Aidilfitri minggu lalu.

Kegagalan pengedaran dadah jenis kokain seberat 179 kilogram itu dilakukan oleh Pasukan Petugas Keselamatan Laluan Laut, lapor Tribunnews. 

Difahamkan, harga dadah tersebut mencecah lima ke tujuh juta rupiah (RM1,500-2,100) bagi segram. 

Timbalan Panglima Angkatan Laut, Laksamana Ahmadi Heri Purwono berkata, pada awalnya pasukan keselamatan mencurigai kewujudan empat plastik hitam yang terapung di peraian Selat Sunda.

Jelasnya, pihaknya mengambil bungkusan tersebut untuk diserahkan kepada Badan Narkotika Nasional Provinsi Banten. 

“Barang tersebut dibawa ke pangkalan Angkatan Laut Banten untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya.

“Meskipun begitu, kita belum mengesan mana-mana individu terlibat yang cuba mengedar barang haram tersebut,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.