Tentera China ceroboh lagi ruang udara Taiwan - Utusan Malaysia

Tentera China ceroboh lagi ruang udara Taiwan

JET pejuang jenis J-16 antara pesawat tentera China yang melintasi Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan. – KEMENTERIAN PERTAHANAN TAIWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: China didakwa melakukan pencerobohan kedua paling besar tahun ini di ruang udara Taiwan apabila Taipei melaporkan sebanyak 30 jet dari republik itu memasuki negara ini.

Kementerian Pertahanan Taiwan lewat semalam memaklumkan, sejumlah pesawat perang dikerah dan sistem pertahanan peluru berpandu turut ditempatkan bagi mengawal situasi.

Sejak beberapa tahun lalu, Beijing semakin aktif menceroboh ruang udara Taiwan dengan tujuan meningkatkan provokasi dan tekanan kepada pihak berkuasa negara ini.

Pencerobohan tersebut disifatkan yang terbesar sejak 23 Januari lalu, apabila sebanyak 39 pesawat memasuki Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan.

Berdasarkan pemetaan pesawat yang didedahkan pihak berkuasa Taiwan, kesemua jet China itu memasuki bahagian barat daya ADIZ sebelum keluar.

Pada tahun lalu, Taiwan merekodkan sebanyak 969 pencerobohan oleh pesawat perang China di ADIZ, iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding 380 pada 2020. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN