Suspek tembakan rambang di Texas kerap jadi mangsa buli

Suspek tembakan rambang di Texas kerap jadi mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Suspek tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, kira-kira 80 kilometer ke barat San Antonio dilaporkan sering menjadi mangsa buli kerana miskin.

Perkara itu didedahkan oleh bekas rakan sekelas Salvador Ramos, 18, yang memaklumkan remaja itu turut mempunyai masalah percakapan sehingga menjadi mangsa ejekan.

Washington Post melaporkan, suspek juga pernah difitnah sebagai homoskesual serta ejekan lain kerana cara dia berpakaian.

Rakan suspek yang enggan dikenali memberitahu dia agak ‘rapat’ dengan remaja itu dan mereka sering bermain Xbox bersama.

Ramos juga tidak mempunyai ramai kawan dan dia kerap menyendiri.

Seorang lagi rakan memberitahu, lelaki itu jarang datang ke sekolah akibat dibuli kerana pakaian dan keluarga.

Sementara itu, jiran suspek, Ruben Flores, 41, berkata, Ramos menjalani ‘kehidupan yang sukar’ dengan ibunya sejak kecil.

Katanya, remaja itu sudah menggalas tugas sebagai seorang bapa sedangkan masih remaja.

Dalam pada itu, Ramos dikatakan sering mengganggu pekerja wanita di tempat kerjanya.

Rakan sekerjanya di Wendy’s berkata, dia mempunyai kelakuan agresif dan pernah menghantar mesej tidak sopan kepada pekerja wanita.

Pekerja lain melabelkan dia sebagai pendiam dan antisosial.

Rabu lalu, Ramos melepaskan tembakan rambang terhadap 19 kanak-kanak dan dua guru sehingga maut di sekolah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya