Situasi perang di Ukraine makin teruk

Situasi perang di Ukraine makin teruk

UNIT pemindahan bergerak merawat anggota tentera Ukraine yang tercedera sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans di Lysychansk.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mengakui situasi di medan perang menjadi lebih teruk berbanding semasa awal peperangan dengan jumlah tentera terkorban semakin ramai. 

Disebabkan itu, penggubal undang-undang Ukraine meminta Amerika Syarikat membekalkan sistem pertahanan udara dan jet pejuang kepada negara itu, lapor CNN. 

Oleksandra Ustinova berkata, Ukraine tidak memerlukan lagi jet pejuang MiG sejak zaman Soviet kerana ‘peperangan sudah berubah’. 

Namun, katanya, Ukraine memerlukan Sistem Roket Pelancar Berganda (MLRS) dan jet pejuang seperti F-16 untuk berdepan Russia. 

Beliau juga meminta AS mula melatih juruterbang Ukraine menggunakan jet tersebut. 

Difahamkan, AS mula menghantar senjata berat ke Ukraine, namun belum memberikan MLRS atau jet pejuang. 

Aktivis masyarakat sivil Ukraine, Daria Kaleniuk pula berkata, peperangan yang sudah berlanjutan selama lebih dua bulan itu tidak dapat dimenangi kerana masalah kelengkapan ketenteraan. 

“Kita tidak boleh memenangi peperangan ini kerana kelengkapan tentera Russia lebih banyak daripada tentera Ukraine.

“Kedua, kita tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan bekalan peluru dan Russia mempunyai lebih ramai tentera,” katanya.

Menurut Kaleniuk, semasa mengadakan pertemuan dengan pegawai pertahanan Ukraine di Kyiv, negara itu mempunyai juruterbang berpengalaman dalam pertempuran dan bersedia untuk menjalani latihan. 

Namun, katanya, belum ada sebarang keputusan untuk menerima dan menyediakan jet pejuang seperti yang diminta.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.