KYIV: Kumpulan muzik Ukraine yang memenangi Pertandingan Nyanyian Eurovision tahun ini membuat pengumuman untuk menjual trofi mereka bernilai AS$900,000 (RM3.9 bilion).
Trofi berupa mikrofon kristal yang dilelong dalam Facebook bertujuan mengumpul dana bagi membeli dron untuk membantu tentera Ukraine berperang dengan Russia.
Difahamkan, penjualan itu bertepatan dengan penampilan kumpulan tersebut dalam konsert amal di Brandenburg Gate, Berlin, yang bertujuan mengumpul wang untuk rawatan dan bekalan perubatan.
Ditanya selepas konsert berlangsung, ahli kumpulan, Oleh Psiuk merayu orang ramai tidak menjadikan peperangan sebagai perkara biasa.
“Peperangan perlu sentiasa menjadi tajuk muka depan sehingga keamanan muncul,” katanya.
Personaliti televisyen Ukraine, Serhiy Prytula berkata, wang yang diperoleh daripada penjualan trofi itu akan digunakan untuk membeli tiga dron PD-2 buatan Ukraine.-BBC