Sah Anwar jadi adik ipar Jokowi

Sah Anwar jadi adik ipar Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Mahkamah Perlembagaan, Anwar Usman secara rasmi menjadi adik ipar Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas melangsungkan pernikahan dengan Idayati.

Lapor CNN Indonesia, majlis perkahwinan mengikut adat Jawa itu berlangsung di Graha Saba Buana, Solo, Jawa Tengah, hari ini.

Pernikahan bermula dengan proses pasrah tampi apabila keluarga pihak lelaki menyerahkan Anwar kepada keluarga Idayati.

Selepas itu, akad nikah dijalankan dengan Jokowi menjadi wali kepada pengantin perempuan.

Pihak keluarga menyediakan mas kahwin kelengkapan alat solat dan sebuah jam tangan yang dibayar secara tunai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN