Rakan sekerja kerap kentut, penyampai berita saman majikan

Rakan sekerja kerap kentut, penyampai berita saman majikan

DANIA MONDINI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Seorang penyampai berita televisyen mengemukakan saman terhadap majikannya selepas rakan sekerja lelaki melepaskan kentut dan sendawa dengan ‘kuat’.

Lapor Daily Mail, insiden bermula selepas personaliti wanita dari stesen penyiar Itali, RAI, Dania Mondini membuat aduan rasmi terhadap rakan sekerjanya kerana kerap kentut sehingga mengeluarkan bau busuk.

Mondini meminta dia dipindahkan ke bilik lain untuk menjauhkan diri daripada lelaki yang tidak mengamalkan kebersihan itu. 

Namun, pengurusnya bertegas dia akan kekal berada di situ. 

Wanita itu mendakwa ia adalah sebahagian daripada kempen intimidasi terhadap dirinya yang berpunca daripada persiangan profesional. 

Katanya, permintaan tersebut menyebabkan dia dibuli oleh pengurusnya. 

Disebabkan itu, dia diturunkan pangkat dan ditugaskan membaca berita dan didera secara lisan. 

Menurut Pledge Times, syarikat itu memaklumkan lelaki itu kerap kentut disebabkan masalah perubatan dan bukan sengaja untuk membuat jenaka. 

Mondini tetap bertegas dia dilayan secara tidak adil serta dinafikan kenaikan pangkat. 

Kes tersebut sudah berlanjutan selama empat tahun selepas Mondini membawa kes ke mahkamah sejak 2018.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya