Putin percaya Russia tidak akan kalah di Ukraine

Putin percaya Russia tidak akan kalah di Ukraine

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pegawai kanan kerajaan Russia menuduh Amerika Syarikat (AS) terlibat secara langsung dalam menggerakan operasi ketenteraan di Ukraine bagi menentang Russia.

Menerusi saluran Telegram, Vyacheslav Volodin menyatakan Washington dengan jelas menyusun strategi dan membangunkan operasi ketenteraan di Ukraine.

“Boleh dilihat dengan jelas bahawa Washington memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan di Ukraine,” katanya.

Washington dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum ini membekalkan senjata berat kepada Ukraine untuk menentang kemaraan Russia.

Namun, AS dan sekutu NATO berulang kali menegaskan mereka tidak akan menghantar pasukan tentera untuk bertempur di Ukraine bagi mengelakkan konflik lebih buruk.

Sejumlah pegawai AS juga mengakui negara itu menyediakan khidmat perisikan kepada Ukraine bagi membantu mereka menangkis serangan Rusia, namun menafikan bantuan itu termasuk mendedahkan data sasaran.

Dalam pada itu, Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) mendakwa Presiden Russia, Vladimir Putin yakin beliau tidak akan kalah di Ukraine dan mula meningkatkan serangan.

Pengarah CIA, Bill Burns berkata, Putin masih kekal dengan pendiriannya biarpun usaha tentera Russia untuk menawan Kyiv gagal.

Katanya, Putin meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan tenteranya biarpun hakikatnya mereka kalah di medan perang.

“Saya berpandangan Putin percaya bahawa beliau tidak boleh kalah di Ukraine dan akan terus meningkatkan serangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Burns yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta AS ke Russia memaklumkan tiada tanda Moscow akan menggunakan senjata nuklear taktikal untuk menang di Ukraine.

Pada masa sama, Burns juga tidak memberikan sebarang penilaian mengenai situasi semasa di Ukraine atau bagaimana peperangan akan berakhir. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya