Pope mahu jumpa Putin tapi... - Utusan Malaysia

Pope mahu jumpa Putin tapi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VATICAN CITY: Pope Francis mendedahkan beliau pernah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin di Moscow bagi membincang situasi di Ukraine.

Namun, pemimpin Roman Katolik itu mendakwa masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Putin.

Pope Francis menerusi satu temubual dengan akhbar Itali, Corriere Della Sera menyatakan pihaknya sudah menghantar mesej kepada Putin kira-kira 20 hari konflik antara Rusia-Ukraine tercetus.

“Dalam mesej itu, saya menyatakan saya sanggup melawat Moscow untuk berjumpa dengan beliau, namun belum menerima maklum balas lagi.

“Kami masih bertegas walaupun saya khuatiri Putin tidak boleh atau tidak mahu mengadakan pertemuan itu pada masa ini,” katanya.

Sebelum ini, pope Francis berulang kali menggesa perdamaian segera dalam kalangan pihak bertelagah dalam konflik Russia-Ukraine.

Beliau juga pernah mengecam pencerobohan di Ukraine tanpa menyebut nama Putin mahupun Moscow.

Sementara itu, Pope Francis berkata, beliau tidak akan mengunjungi Ukraine dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, saya tidak akan melawat Kyiv. Saya rasa tidak patut pergi ke sana. Saya perlu ke Moscow untuk berjumpa dengan Putin terlebih dahulu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN